Berjalan di
dunia ini, kita sebagai manusia hanya mampu melihat apa yang di mahu.
Jika
dibilang langkah, sejauh mana perjalanan ini dibawa, DIA telah memberi segala
apa yang di perlu.
Ambil dekat
kedua ibu bapa kita..
Ya Rabb..
mereka satu anugerah kerana lahirnya kita dari rahim ibu dan rasa cinta mereka
membawa kita ke sini.
Lihat saja
dimana kamu berdiri, dan lihat telapak tangan kamu yang kamu tadah untuk berdoa
hari-hari.
Sekuat mana
kamu berdoa, kamu cerita pada DIA cinta pada mereka mengatasi segala.
Sekuat mana kamu
berdoa, terasa cerita cinta mereka pada kamu selamanya. Allahu Rabbi..
Jika ibu mampu
melafaz zikir dan menghela nafas lelah dengan doa untuk zuriatnya ini,
apa mampu
dikata tidak pada pemilik syurga yang nyata disebut oleh-NYA?
Kita hidup
bukan untuk diri kita SAHAJA.. kerana dunia ini persinggahan apa adanya.
Senyumlah
saat kamu rasa dunia ini gugur satu persatu meninggalkan kamu.
Saat kamu
jelak dengan rasa dipinggir dan tidak dipedulikan.
Saat kamu
muak dengan kata-kata keras kasar yang merobek.
Senyumlah..
kerana setiap segala akan dikira dan ditimbang nanti.
Semua pasti
mati. Ya, jika hidup pasti mati.
Kerana semua
yang hidup ini asalnya dari seorang ibu, seperti kamu.
Tenanglah
bila mana kamu merasa gentar akan kejamnya dunia.
Tenanglah
bila mana kamu merasa jatuhnya kaki dihentak keras ke Bumi.
Tenang
sahaja bila ada yang hadir untuk menghina kamu semampunya.
Tenang
sahaja bila air mata jadi punca kamu berdiri kuat melawan si durjana.
Semua yang
kuat itu pasti dari yang lemah lembik.
Kerana semua
yang kuat ini datangnya dari seorang bapa, seperti kamu.
Teruslah
berlari wahai kamu, cukup sahaja kamu dengan adanya ibubapa kamu dan DIA..
Allahu Rabbi..
pemberi anugerah sepasang ibubapa kepada kamu.
No comments:
Post a Comment