Masa kecil dulu, langkah pertamaku bersama mereka.Mereka menentukan siapa aku kini.
Ya Tuhan,lindungilah mereka sebagaimana mereka mengasihi ku.
Langkah pertama ku;
seorang bapa memimpin zuriat kecil pertamanya.."Ya Tuhan..berkatilah anak ini..."
Dia tanpa rasa jemu..disamping isteri dan ibu tercinta..mencari akal..bagaimana harus aku buat dia bisa berjalan..setiap hari dia mencuba..dan..akhirnya..
SI GADIS KECIL BERTATIH DENGAN SEBATANG LIDI DI TANGAN..TANPA BANTUAN SESIAPA.
Dia,seorang bapa,meyakinkan seorang gadis kecil..bahawa..di mana pun kamu berada wahai zuriat ku,
aku sentiasa ada..dan..ketika itu..saat paling bahagia untuknya.
Terima Kasih Ayah,berkat sebatang lidi,aku kini berlari..sejak 9 bulan aku di dunia.
Surah pertama ku;
seorang ibu muda..sangat melindungi zuriat pertamanya..gadis kecilnya.
"Ya Tuhan..berkatilah anak ini..lindungilah dia dari segala kejahatan"
setiap malam hingga kini ibu ini berdoa.Dan benar,kegigihan seorang ibu mendidik ku tanpa jemu..
mengulang tiap baris surah al fatihah..
"anakku..turutilah aku mengenal siapa Tuhan Mu..demi kerna Tuhan itu pelindung mu yang mutlak saat aku tiada..".Sesungguhnya Tuhan itu Maha Berkuasa..SI GADIS KECIL TEKUN MELAFAZ TIAP BARIS SURAH AL FATIHAH..pada suatu malam yang hening sebelum tidur untuk ibunya.
Terima Kasih Mak,berkat santun dan sabar mu,aku kini di sini..menuntut ilmu sejak kamu mengajar aku
surah itu ketika usiaku 3 tahun.
Luka pertama ku;
hujan yang sangat lebat..seorang gadis kecil ketakutan..ribut yang menggila menggoncang hati kecilnya..dan..ketika itu,dia berlari..membontoti nenek kesayangan nya."Nanti Nek..", jika itu mampu terlafaz.Gadis kecil kesakitan! dan tanpa sesaat bezanya,kehangatan mula terasa.Merawati resah kerna ribut yang seolah tiada hujungnya..merawati luka di dahi yang ditempah sendiri.
"Ya Tuhan..lindungilah cucuku ini.."
Nenek,jikalau masa itu mampu di ulang,seribu kesakitan pun aku mampu..kerna aku lah gadis kecil itu..
GADIS KECIL YANG KAMU RAWAT BERSAMA SELENDANG MU DAN SEDIKIT DOA YANG TAK PERNAH PUTUS.
Aku dan mereka..seolah ditelan masa.Aku mahu mereka sentiasa di sampingku.
Ya Tuhan..berikanlah aku masa..berjasa untuk mereka,berjasa untuk mereka-mereka yang kini semakin perlukan aku sbagai seorang anak,kakak,saudara-saudaraku,pelajar,sahabat..aku perlukan kekuatan-kekuatan di atas Ya Allah..sesungguhnya doa doa mereka takkan pernah ku anggap hanya kisah lalu..mereka umpama jiwaku..hidupku..Amin.